klik me

Tuesday, January 18, 2011

Jalan-jalan kat ICT - Shah Alam












Hari Khamis minggu lepas, saya dengan rakan-rakan sekerja gi melepak kat ICT Shah Alam. Pertama kali melangkah masuk, memang rasa teruja sangat...sungguh cantik lampu berwarna-warni. Siapalah yang punya idea yg kreatif ni kan... Sila layan gambar-gambar di atas, tak puas rasanya...mesti kena pergi lagi ni...

Sunday, December 26, 2010

Azam Tahun Baru 2011

Pejam celik pejam celik, 2010 akan melabuhkan tirai, tahun 2011 datang menjengah. Cuba kita bertafakur sebentar apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2010 ni kan. Mungkin ada orang yang berjaya merealisasikan impian mereka, tahniahlah ye..tapi bagaimana pula dengan yang masih gagal untuk melunaskan impian atau matlamat yang diidamkan... Bagi diri ini rasanya belum tertunai apa yang diimpikan, tapi berazam untuk menjadi muslimah yang sejati. Cewah, jangan angan-angan kosong sudahlah ye.. untuk semua keluarga, rakan-rakan seperjuangan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011, semoga kalian berjaya mencapai apa yang dihajatkan dan jadilah hamba Allah yang bertaqwa..insyaallah.

Wednesday, November 24, 2010

Makan-makan tempat kerja

 Pelbagai jenis kuih terhidang, tunggu nak gap je ni...
 Ambik peluang bergaya depan makanan..
Wah! sekuali masak lodeh...

Memori yg terindah bersama-sama rakan sekerja, kitaorang pakat ramai-ramai bawak makanan dari rumah masing-masing. Seronok betul hari tu, tengok tu Kak Rohziah dgn masak lodeh dia yg masak sedap...  Kawan-kawan nanti tahun depan kita buat lagi ye...


Wednesday, November 3, 2010

Kurus Oh Kurus

Semua orang nak cantik, nak sihat betul tak? 100% betulkan. Namun kita manusia ni dijadikan oleh Allah s.w.t dengan pelbagai rupa dan bentuk. Allah ciptakan manusia cukup sempurnakan, dan kita sebagai manusia haruslah menghargai apa yg telah dikurniakanNYA. Tajuk entry kita kali ini adalah kurus, adakah orang yang kurus tu sihat dan adakah orang yg gemuk itu sakit. Tidak semestinya kan...ada jugak orang yg  badannya gemok tapi dia sihat, dan tidak semestinya orang yg kurus tu sihat... Namun, kita kenalah menjaga kesihatan kita supaya sentiasa berada ditahap yg baik.

Cabaran untuk kurus dah lama saya nak buat, tapi hasilnya selalu mengecewakan. Mungkin saya belum bersedia sepenuhnya..tapi bila baca blog rakan yg lain yg dah berjaya menguruskan badan, cemburu pulak tengok. Kenapa mereka blh buat, tapi saya tak blhkan. MESTI BOLEH!!!Doakan saya berjaya ye...

Monday, October 25, 2010

Salam Perkenalan

Saya sebenarnya orang baru dalam dunia blog ni. So kalau ada yg terkurang atau terlebih harap maafkanlah ye. Tunjuk ajar dari rakan-rakan blog pun saya alu-alukan, almaklumlah orang baru... Kadang-kadang saya pun tak tau nak bercerita apa kat blog ni, buntu rasanya. Saya ada jugak menjengah blog-blog rakan-rakan yg lain, seronok baca cerita mereka semua.. Macam saya ni, baru je nak mencelah-celah mencari rakan blog seramai mungkin.

Diharap rakan-rakan blog yg lain, berikan sokongan yg tidak berbelah bagi ok. Saya akan cuba sedaya upaya membuat entry kat blog ni, kalau tak dpt selalu, seminggu sekalipun okkan....

Sunday, October 10, 2010

Perkahwinan Kayangan (Angkasawan Negara)

Semalam terciptalah sejarah Angkasawan Pertama Malaysia Dr. Sheikh dan pasanganya Dr. Halina disandingkan dengan  begitu gah sekali. Pasangan 2 sejoli itu, begitu cantik sekali ibarat pinang dibelah dua. Alahai betapa beruntungnya, Dr. Halina mendapat suami seperti Dr. Sheikh yang menjadi kebanggaan Negara kita.....

Semoga pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat, dan mendapat zuriat yg cerdik pandai.

Thursday, October 7, 2010

sinopsis kehidupan..

kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan